Isnin, 25 Mei 2020

Lirik Lagu Safiyyah Darwish Ft. Fareast

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pembaca ...Saya berharap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat... Aamiin🤲

Disini saya Share salah satu lirik lagu nasyid nyanyian Darwish Ft Fareast iaitu Lagu Safiyyah🍁

Saya berharap lagu ini memberi impak yang positif kepada semua kerana lagu ini mengandungi maksud yang sangat indah..
🌸Semoga bermanfaat 🌸


LIRIK LAGU SAFIYYAH DARWISH FT. FAREAST


🌸 Bismillahirrahmanirrahim

Di Uhud itu kau laksana singa yang garang
Menerjah berani ke medan perang
Kau bukti mujahidah nan waja
Berjuang demi Allah dan RasulNya

Kelibat pedangmu sungguh menggerunkan
Menyambar bagaikan kilat yang memancar
Kemenangan musuh kau calarkan
Kau wanita pertama membunuh kesyirikan

Walau di hatimu ada gundah
Tapi kau sembunyikan dengan tabah
Melihat jasad Hamzah yang dirobekkan
Kau relakan segunung kesedihan
Demi tersebarnya lautan keimanan

Oh Safiyyah..
Keayuanmu pada ketabahan
Keindahanmu pada keberanian
Kaulah lambang mujahidah
Berkalung pedang!

Oh Safiyyah
Kaulah citra mujahidah sejati
Gerak hatimu umpama angin

Buat teman kau menjadi
Bayu yang membelai
Buat musuh kau menjadi
Badai yang menghancurkan

Walau di hatimu ada gundah
Tapi kau sembunyikan dengan tabah
Melihat jasad Hamzah yang dirobekkan
Kau relakan segunung kesedihan
Demi tersebarnya lautan keimanan

Oh Safiyyah..
Keayuanmu pada ketabahan
Keindahanmu pada keberanian
Kaulah lambang mujahidah
Berkalung pedang!

Lirik lagu: Ustaz Pahrol Md Juoi
Lagu: Frizdan

🌸 Terima Kasih 🌸

Semoga bermanfaat 🤲